me,myself,english and programming..

Jom cuba ubuntu !

Ubuntu adalah salah satu sistem operasi yang berasaskan Linux. Walaupun nama ubuntu tidak berapa sedap didengar oleh telinga tetapi IMHO ianya adalah sistem operasi yang cukup hebat.

Terdapat beratus-ratus versi Linux yang terdapat dipasaran dan anda patut tahu yang Ubuntu mendapat tempat pertama dalam senarai rangking yang dikeluarkan oleh DistroWatch.

ubuntu rangking

Berita baik ialah, saudara zul telah menerbitkan e-Maj secara percuma untuk anda mengetahui dengan lebih lanjut apakah kehebatan Ubuntu.

Anda boleh klik gambar dibawah untuk download e-majalah tersebut atau boleh juga download di sini

e-majalah

Download counter :

Walaupun saya pengguna ubuntu, tapi pc saya masih lagi dual-boot dengan Window XP memandangkan terdapat sofware yang saya masih belum menjumpai penggantinya dalam ubuntu.

Having said that, boleh dikatakan 95% masa saya menggunakan ubuntu sama ada dalam pc ataupun laptop buruk T23 saya. Ianya amat berbaloi kerana saya tidak lagi perlu risau tentang virus. :) Ya pengguna ubuntu tak perlu risau akan ancaman virus.ehehe… ok tak ?

Dibawah adalah screenshot pc saya yang menggunakan ubuntu versi Hardy Heron 8.04.

myHardyScreen

Saya menggunakan Cairo-Dock setelah membaca review tentangnya disini .

p/s : post ini agak terlewat sebenarnya memandangkan sudah 2 minggu majalah ini dikeluarkan.but hey..better late than never kan. :)

  1. 2 Responses to “Jom cuba ubuntu !”

  2. By melayubuntu on May 16, 2008 | Reply

    hoho…byk ko linkkn ke blog aku
    masih byk2…hehe

    melayubuntu’s last blog post..Update E-Maj selepas 2 minggu dikeluarkan

  3. By arejae on May 16, 2008 | Reply

    sama-sama kasih zul. :) you done a great job.

Post a Comment