Jom cuba ubuntu !
Ubuntu adalah salah satu sistem operasi yang berasaskan Linux. Walaupun nama ubuntu tidak berapa sedap didengar oleh telinga tetapi IMHO ianya adalah sistem operasi yang cukup hebat.
Terdapat beratus-ratus versi Linux yang terdapat dipasaran dan anda patut tahu yang Ubuntu mendapat tempat pertama dalam senarai rangking yang dikeluarkan oleh DistroWatch.

Berita baik ialah, saudara zul telah menerbitkan e-Maj secara percuma untuk anda mengetahui dengan lebih lanjut apakah kehebatan Ubuntu.
Anda boleh klik gambar dibawah untuk download e-majalah tersebut atau boleh juga download di sini
Download counter : 23
Walaupun saya pengguna ubuntu, tapi pc saya masih lagi dual-boot dengan Window XP memandangkan terdapat sofware yang saya masih belum menjumpai penggantinya dalam ubuntu.
Having said that, boleh dikatakan 95% masa saya menggunakan ubuntu sama ada dalam pc ataupun laptop buruk T23 saya. Ianya amat berbaloi kerana saya tidak lagi perlu risau tentang virus.
Ya pengguna ubuntu tak perlu risau akan ancaman virus.ehehe… ok tak ?
Dibawah adalah screenshot pc saya yang menggunakan ubuntu versi Hardy Heron 8.04.
Saya menggunakan Cairo-Dock setelah membaca review tentangnya disini .
p/s : post ini agak terlewat sebenarnya memandangkan sudah 2 minggu majalah ini dikeluarkan.but hey..better late than never kan.
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed or get my latest post directly in your mailbox. Thanks for visiting !


![[Ask]](http://www.arejae.com/blog/wp-content/plugins/bookmarkify/ask.png)
![[Bloglines]](http://www.arejae.com/blog/wp-content/plugins/bookmarkify/bloglines.png)
![[del.icio.us]](http://www.arejae.com/blog/wp-content/plugins/bookmarkify/delicious.png)
![[Digg]](http://www.arejae.com/blog/wp-content/plugins/bookmarkify/digg.png)
![[Furl]](http://www.arejae.com/blog/wp-content/plugins/bookmarkify/furl.png)
![[StumbleUpon]](http://www.arejae.com/blog/wp-content/plugins/bookmarkify/stumbleupon.png)
![[Technorati]](http://www.arejae.com/blog/wp-content/plugins/bookmarkify/technorati.png)

hoho…byk ko linkkn ke blog aku
masih byk2…hehe
melayubuntu’s last blog post..Update E-Maj selepas 2 minggu dikeluarkan
sama-sama kasih zul.
you done a great job.